Searching...
Wednesday 26 November 2014
00:49 0

Jenis-Jenis Wanita Yang Tidak Boleh Dijadikan Isteri


Jenis-Jenis Wanita Yang Tidak Boleh Dijadikan Isteri - Ada begitu banyak wanita di dunia ini, Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita semua bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita yang mempunyai kreteria yang tidak boleh didekati bahkan dijadikan sebagai isteri. Siapakah mereka?

Berikut adalah kreteria wanita yang harus dijauhi oleh pria, dan jangan dijadikan sebagai isterinya:

1. Wanita "Ananah" : Wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan oleh suaminya untuk rumah tangganya semua tidak disukai dan berpuas hati.

2. Wanita "Mananah" : Wanita yang suka menindakan usaha suami danjasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan taraf tinggi atau berpendapatan tinggi. (gaji besar).

3. Wanita "Hananah" : Menyatakan kasih sayangnya kepada orang ketiga atau kepada suaminya dahulu (bagi yang sudah bersuami dulu) tentang masalah dan keburukan suaminya sekarang, dan berangan-angan mendapat suami yang lebih baik dari sauami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan apa yang dia ada atau terhadap jodohnya. Wanita sebegini yang sangat mengkufuri nikmat perkhawinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita "Hadaqah" : Melemparkan pandangan dan mata pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu, wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala suami. Dia ingin apa sahaja dia mahu, dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain, suka menunjuk-nunjuk.

5. Wanita "Basaqah" : Mempunyai 2 makna:-

a. Wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri, dia menghias diri bukan untuk suaminya tetpi untuk ditunjukkan kepada dunia. Suka melawan, wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji, kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.

b. Dia marah ketika makan, dan tidak mahu makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan baginya.

6. Wanita "Syadaqah" : Wanita ini yang banyak berbicara tentang perkara yang sia-sia dan suka menganggu ketenteraman awam.
00:47 0

Gambar Abang Bomba Angkat Awek Mangsa Kemalangan Cetus Kontroversi!


Seorang lelaki dan seorang wanita terpaksa menahan sakit untuk menunggu ambulan samapai ke tempat kejadian. Setelah anbulan sampai ke tempat kejadian seotang angota bomba mengangkat wanita ke dalam ambulan. Motosikal yang mereka naiki terjatuh di susur keluar Jalan Tun Razak menghala ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.
SELANJUTNYA DISINI

00:43 0

Gadis Menawarkan Diri Demi Telefon Bimbit Idaman.


Budak sekolah sekarang memang gila handphone, kalau rakan lain ada handphone baru dia pun mulah nak minta puji nak jugak yang terbaru, ada pula di antara mereka yang terdesak dan sanggup jual diri demi mendapatkan sesuatu yang diidam-idamkan.
00:42 0

"Apa Yang Kau Mahu, Semua Ku Beri - Nora Danish Sambil Tayang Gambar Seksi Pakai Tali Bra Tersebar.


Pelakon terkenal, Nora Danish telah memuatnaik sekeping gambar yang agak seksi menerusi Instalgram miliknya yang telah dicekam ramai pihak.

"Apa Yang Kau Mahu, Semuanya Ku Beri Apa yang Kau Mahu, mahu apa lagi.. Bagaimana aku pula, Aku Rimas Jadi Ku Ingin jalan sana Tolong Tepi Sikit.... #feelinsleeq##tepisikit#sleeqtepisikit," tulisanya di instalgram.


Tuesday 4 November 2014
07:29 3

Sayu : Jenazah Adik Rafiqin ditemui dalam keadaan duduk di celah batu ( 5 Gambar )



Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telahpun meninggal dunia, berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu.

Dari keadaan mayat yang ditemui, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam.Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat. 

Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi sedikit sukar dan memakan masa hampir 3 jam dengan laluan yang licin dan lembap.


Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah. Mangsa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Al-fatihah salam Takziah untuk keluarga Adik Rafiqin
sumber
06:34 0

Saya memang suka pakai ketat – Anzalna

zAnzalna-Nasir-1
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MOLEK budi bahasanya sewaktu meminta kelonggaran agar gambar-gambar yang keterlaluan menampakkan paha gebunya tidak diterbitkan. Sedar ada sensitiviti yang perlu dijaga, permintaan Anzalna Nasir itu tidak sukar untuk diturutkan.
Sementelah, rona merah dan krim yang dipadankan sebagai busana fotografinya kali ini sudah cukup untuk menyerlahkan penampilan selebriti berusia 26 tahun itu.
“Saya cuma mahu menjaga hati. Mahu lebih berhati-hati. Saya minta maaf kerana tidak dapat menggayakannya seperti model-model di pentas peragaan.
“Sampai ke tahap ini, rasanya saya kena menjadi seorang yang peka dengan perasaan orang lain terutama ibu bapa saya,” tertib butir penjelasan Anzalna sambil memuji busana yang disediakan pereka fesyen terkenal, Hazree Wahid untuk fotografi tempoh hari.
Minta diperincikan lagi simpulan kata menjaga hati tadi, Anzalna tidak bersetuju jika pendiriannya itu dikatakan berpunca daripada larangan sang kekasih, Hanif Zaki.
“Hanif belum jadi suami saya, hormat saya terhadapnya masih lagi dalam acuan teman lelaki dan teman wanita. Lainlah kalau dia suami saya.
“Saya sebenarnya menjadi semakin terkesan dengan pesanan daripada ibu bapa saya yang sekarang tinggal di London. Sebelum ini, semasa tinggal bersama, saya tak berapa nak endah sangat apa yang ibu bebelkan, tapi bila berjauhan, saya semakin faham.
“Saya mudah rasa bersalah bila tak pedulikan pesanan ibu. Saya juga takut menyesal pada kemudian hari, kalau terjadi apa-apa yang tak diingini.
“Lagipun sebagai anak, hidup akan dirahmati selagi pesanan ibu bapa jadi panduan,” panjang lebar cerita anak kedua daripada lima beradik ini.
Akur dengan permintaan ibu bapa, Anzalna hanya mengikut kata hati. Walaupun tidak bertudung, tidak bermakna dia boleh mendedahkan segala-galanya tanpa sekatan.
Jangan perlekeh
“Saya memang suka pakai dres ketat tapi asalkan masih di bawah paras lutut saya okey, lebih atas daripada paras itu, saya mula rasa seksi, tidak selesa dan hilang keyakinan diri,” luahnya mengenai pilihan dalam berpenampilan.
Lenggok dan bicara Anzalna masih seperti dahulu, masih manja dan tidak sah jika tidak diakhiri dengan ketawa. Awal mengenalinya sewaktu baru memasuki tahun pertama bergelar artis, perjalanan yang dilaluinya sudah memasuki tahun keempat.
Cuba mengenali lebih dekat personaliti anak kelahiran Tasik Gelugor, Pulau Pinang ini, sengaja karakternya yang lemah-lembut itu dikaitkan dengan kemampuan dalam bidang lakonan.
Kata Anzalna, dia masih menyimpan impak drama bersiri Adam & Hawa. Watak penggoda itu seperti satu pencapaian yang belum dapat diatasi. Untuk pergi lebih jauh, dia harus mencari watak yang boleh menyerlahkan lakonannya.
“Misi saya, selain bekerja untuk cari duit, saya mahu lakonan saya diingati. Seringkali saya diberi watak baik sebab watak begitu yang selalunya jadi watak utama.
“Saya juga suka watak antagonis sebab boleh beri banyak ekspresi. Saya nampak lembut, tapi, kalau diberi pilihan, saya mahu watak-watak yang lasak, tegas dan menuntut tenaga dalaman macam watak psiko atau kurang upaya.
“Risau juga peminat bosan dengan watak baik dan kontrol ayu sahaja,” kata peminat sukan lasak seperti memanjat tebing tinggi ini.
Selama menjalani karier lakonan bermula dari pentas pencarian bakat Dewi Remaja 2010, pemilik nama Nur Anzalna Md. Nasir juga sudah mengumpul secebis pengalaman yang cukup bermanfaat untuk hari muka.
“Rasanya selama empat tahun ini, sudah agak banyak pengalaman yang mematangkan saya. Tempoh ini juga mendewasakan saya.
Kahwin tahun depan
“Sebelum memasuki bidang seni, saya seorang yang pemalu dan susah nak bergaul dengan orang. Sekarang, walaupun orang kata saya lembik, nampak lembut, tapi apa sahaja perkara yang berlalu, saya boleh hadapi sendiri.
“Katakan saja apa gosip mengenai saya, saya tidak cepat melatah. Saya boleh berfikir dahulu dan barulah beri respons. Tapi jika tuduhan itu menjatuhkan maruah saya, saya akan bersuara.
“Saya akan bersuara jika saya tidak bersalah. Macam mana pun saya harus jelaskan, apa juga kecaman itu saya tak akan lari, saya akan jawab kalau wartawan tanya.
“Saya selalu anggap wartawan macam kawan. Mereka buat kerja mereka saya buat kerja saya. Jadi setiap masalah akan dapat diselesaikan dengan baik,” jelas Anzalna yang baru-baru ini dipanaskan dengan isu perang dingin bersama pelakon Izzue Islam di lokasi drama Aku Isterinya.
Tambahnya: “Dalam soal itu, bukan saya mahu memuji sesiapa, tapi hubungan saya dengan Hanif banyak menyelamatkan saya daripada gosip yang lebih teruk.”
Seperti yang telah diketahui ramai, Anzalna yang sudah dimiliki hatinya itu tidak mahu menunggu lama untuk mengakhiri zaman bujang.
Perancangan untuk berkahwin sekitar tahun depan juga sudah kerap kali dikongsikan dengan peminat.
“Perancangan memang ada, keluarga saya dan Hanif juga tahu keseriusan kami. Harap perancangan kami berjalan lancar,” katanya.
Seperkara lagi tentang Anzalna yang boleh dipuji, dia tidak gemar berkongsi gambar-gambar kemesraannya dengan Hanif walaupun kisah cinta mereka disenangi ramai.
“Sebenarnya Hanif yang menjaga perkara-perkara begitu. Kalau sudah keluar bersama tak perlu nak tayang gambar lebih-lebih, nanti orang muak. Dia banyak jaga saya terutama selepas saya berjauhan dengan ibu bapa,” ujar Anzalna.
Ditanya apa kritikan sang kekasih yang paling mengesankan tentang lakonannya setakat ini, kata Anzalna, Hanif cuma memuji watak air mata yang dijayakannya.
“Hanif tahu saya jenis yang susah nak menangis, jadi dia terkejut bila tengok saya boleh menangis dengan cemerlang depan kamera. Mesti dia takut, nanti saya akan pura-pura menangis depannya pula,” mengekek lagi ketawa Anzalna mengakhiri ceritanya, lapor Kosm
06:34 0

6 Manfaat Tidur Tanpa Mengenakan Pakaian

image
Ternyata tidur tanpa pakaian aka bogel sangat bermanfaat bagi kesihatan. Sekurang-kurangnya ada 6 manfaat kesihatan bila tidur tanpa pakaian.
1.Menyehatkan faraj
Kawasan lembap di sekitar kemaluan berisiko tinggi mencetuskan pertumbuhan cendawan pada faraj. Sehingga tidur tanpa busana mampu mencegah hal itu kerana faraj tidak terbungkus rapat oleh seluar dalam yang lembap.
2.Tidur lebih nyenyak
Terlalu panas atau sejuk biasanya membuat seseorang sukar tidur. Jadi cara mengatasinya adalah dengan tidur telanjang. Kerana suasana lebih sejuk, tidur pun akan menjadi lebih nyenyak.
3.Lebih seksi
Tidur dalam keadaan gerah disebutkan mengganggu pengeluaran melatonin dan hormon yang menghalang proses penuaan. Sehingga ada baiknya menjaga tubuh tetap sejuk taip tidur dan hormon pun boleh bekerja dengan baik untuk membuat tubuh kelihatan seksi.
4.Menurunkan berat badan
Walaupun tidak besar kesannya, tidur tanpa pakaian juga sedikit berperanan dalam penurunan berat badan. Sebab ketika boleh tidur dengan nyenyak, hormon cortisol pencetus stres berkurang jumlahnya. Sehingga ketika bangun, anda tidak akan emosional ketika menikmati makanan.
5.Lebih percaya diri
Tidur tanpa mengenakan sehelai benang sekalipun biasanya membuat seseorang merasa seksi. Kemudian perasaan seksi itu diikuti dengan kepercayaan diri yang kuat.
6.Kualiti kehidupan seksual
Jika anda sudah mempunyai pasangan, tidur tanpa pakaian juga memberikan manfaat bonus bagi anda. Sebab kulit yang bergesel akan mencetuskan pengeluaran oxytocin yang biasa disebut dengan hormon kebahagiaan. Anda juga akan semakin bersemangat untuk bercinta, memuaskan pasangan, dan mencapai orgasme.