Jenis-Jenis Wanita Yang Tidak Boleh Dijadikan Isteri
Jenis-Jenis Wanita Yang Tidak Boleh Dijadikan Isteri - Ada begitu banyak wanita di dunia ini, Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita semua bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita yang mempunyai kreteria yang tidak boleh didekati bahkan dijadikan sebagai isteri. Siapakah mereka?
Berikut adalah kreteria wanita yang harus dijauhi oleh pria, dan jangan dijadikan sebagai isterinya:
1. Wanita "Ananah" : Wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan oleh suaminya untuk rumah tangganya semua tidak disukai dan berpuas hati.
2. Wanita "Mananah" : Wanita yang suka menindakan usaha suami danjasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan taraf tinggi atau berpendapatan tinggi. (gaji besar).
3. Wanita "Hananah" : Menyatakan kasih sayangnya kepada orang ketiga atau kepada suaminya dahulu (bagi yang sudah bersuami dulu) tentang masalah dan keburukan suaminya sekarang, dan berangan-angan mendapat suami yang lebih baik dari sauami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan apa yang dia ada atau terhadap jodohnya. Wanita sebegini yang sangat mengkufuri nikmat perkhawinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita "Hadaqah" : Melemparkan pandangan dan mata pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu, wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala suami. Dia ingin apa sahaja dia mahu, dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain, suka menunjuk-nunjuk.
5. Wanita "Basaqah" : Mempunyai 2 makna:-
a. Wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri, dia menghias diri bukan untuk suaminya tetpi untuk ditunjukkan kepada dunia. Suka melawan, wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji, kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.
b. Dia marah ketika makan, dan tidak mahu makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan baginya.
6. Wanita "Syadaqah" : Wanita ini yang banyak berbicara tentang perkara yang sia-sia dan suka menganggu ketenteraman awam.
0 comments:
Post a Comment